Sunday, February 14, 2016

Aktiviti Tahunan Persatuan: Gotong Royong Membersihkan Kubur Kg. Meranti

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana memberikan kesempatan kepada ahli persatuan Bahasa Arab SMK.Meranti Pasir Mas Kelantan untuk mengadakan program gotong royong pada tahun ini (2016).

Aktiviti yang dirancang setiap tahun ini bertujuan menanam sikap prihatin setiap ahli dalam hidup bermasyarakat dan kerjasama jitu khususnya di kalangan ahli persatuan.

Semoga kerja amal sebegini dapat diperluaskan dan dijadikan acara atau program berterusan demi memasyarakatkan ahli persatuan khususnya. Diharapkan sedikit sumbangan ikhlas ini diberkati oleh Allah Taala sebagai amalan soleh insya Allah.