Thursday, February 9, 2017

AKTIVITI PERTAMA PERSATUAN BAHASA ARAB SMK. MERANTI 2017

Ahli Persatuan Bahasa Arab menjadi peserta pertama Program Qiamullail siri pertama 2017.

Ahli2 diwajibkan hadir seawal jam 6.00 petang pada hari Khamis 9 JAN 2017.


Aturcara Program :

6.00pm Pendaftaran
7.00pm Santai Berkuiz
7.30pm Solat Maghrib Berjamaah
             Bacaan Yasin
             Bacaan Surah Al Kahfi
             Solat Isyak
             Maulid & Qasidah 
10.00    BBQ
11.00    Tidur
04.00am Bangun Tidur & Persiapan Qiam
04.30am Recall
05.00am Qiam
06.15am Solat Subuh
               Tazkirah
08.00am Dhuha dan Sarapan pagi
08.15am Bersurai


Sekian.

PERJUMPAAN PERSATUAN BAHASA ARAB KALI KEDUA 2017

TARIKH  : 8 JAN 2017
MASA     : 7.30-8.30 PAGI
HARI       : RABU
TEMPAT : KELAS 2KRK


Pada perjumpaan kali ke 2 ini, ahli persatuan dikehendaki merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2017.

Pengerusi Muhamad syafar dan dan Timbalan PengerusiNur Ain Solehah..Pemudahcara Persatuan 

Khusyuk mendengar

antara aktiviti yang dicadangkan

Bincang betul2 Tuan Pengerusi...

Ahli khusuk bermesyuarat



Setelah berbincang panjang lebar, ahli persatuan telah bersetuju untuk merancang program-program berikut;

1. Qiamullail
2. Lawatan Kebajikan
3. Rehlah/Riadah
4. gotong royong membersihkan masjid
5. Pertandingan memasak.
6. Pertandingan Kuiz
7. Gotong royong membersihkan kubur.
8. Kursus pengurusan jenazah
9. Lawatan sambil belajar.
10. Jualan hari koperasi dan olahraga.
11. Malam kesenian Islam.

Guru penasihat persatuan mengharapkan agar segala aktiviti yang diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya memandangkan ianya dirancang secara konsesus. Semua ahli persatuan perlu berkerjasama dalam segala aktiviti yang dirancang kerana apalah gunanya persatuan tanpa aktiviti dan apalah gunanya aktiviti tanpa pelaksanaan.

Semoga Persatuan Bahasa Arab akan terus cemerlang dan terkehadapan. Insya Allah.

PERJUMPAAN PERSATUAN BAHASA ARAB KALI PERTAMA 2017

TARIKH PERJUMPAAN : 17 JAN 2017
MASA : 12.30 TENGAHARI
HARI : RABU


Perjumpaan Perstauan Bahasa Arab kali pertama untuk tahun 2017 diadakan bagi melantik Ahli Jawatankuasa baru sesi persekolahan tahun 2017.

Setelah berbincang dan bermesyuarat, ahli persatuan telah bersetuju memberikan mandat dan kepercayaan kepada nama-nama berikut untuk memimpin persatuan. Adalah diharapkan agar perlantikan jawatankuasa baru ini dapat meilicinkan lagi perjalanan dan program persatuan insya Allah.


Pengerusi sementara

pemimpin sejati

Mngambil bahagian

gaya setiausaha



Ucapan Penggulungan

Antara nama-nama yang dipilih sebagai Jawatankuasa sesi 2017 ialah;


Pengerusi: Muhamad Syafar bin M. Zulkufle

Naib Pengerusi : Nurain Solehah bt Zainuddin

Setiausaha: Al Jannah bt Kamarudin

Penolong Setiausaha: Nur Syauqina Afiqah bt Mohd Sukri

Bendahari: Nur Afifah bt Mat Suliman

Penolong Bendahari: Nur Anis Alyaa bt Zulkifli

AJK Kecil:
T1: Muhammad Haqimi bin Mohd Tarmizi
T2: Al Ma'wa bt Kamarudin
T3: Ahmad Solahuddin bin Abdullah
T4: Nur Athirah bt Mohd Susuki
T5: Hanis Zakirah bt Abdul Hadi


AJK bergambar kenangan seusai pemilihan

Sunday, February 14, 2016

Aktiviti Tahunan Persatuan: Gotong Royong Membersihkan Kubur Kg. Meranti

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana memberikan kesempatan kepada ahli persatuan Bahasa Arab SMK.Meranti Pasir Mas Kelantan untuk mengadakan program gotong royong pada tahun ini (2016).

Aktiviti yang dirancang setiap tahun ini bertujuan menanam sikap prihatin setiap ahli dalam hidup bermasyarakat dan kerjasama jitu khususnya di kalangan ahli persatuan.

Semoga kerja amal sebegini dapat diperluaskan dan dijadikan acara atau program berterusan demi memasyarakatkan ahli persatuan khususnya. Diharapkan sedikit sumbangan ikhlas ini diberkati oleh Allah Taala sebagai amalan soleh insya Allah.







Tuesday, February 3, 2015

PERJUMPAAN KELAB PERSATUAN KALI PERTAMA

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari ini tanggal 3 Februari, Perjumpaan kali pertama kelab dan persatuan SMK Meranti, Pasir Mas akan diadakan...

Diharapkan agar ahli Persatuan Bahasa Arab dapat menjayakan perjumpaan kali pertama dengan memilih JK yang akan mempastikan perjalanan persatuan lancar dan sistematik...

Selamat bermesyuarat....

Ikhlas
Guru Penasihat
Us Azmi bin Daud
Us Ibrahim Yunus