MASA : 7.30-8.30 PAGI
HARI : RABU
TEMPAT : KELAS 2KRK
Pada perjumpaan kali ke 2 ini, ahli persatuan dikehendaki merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2017.
Pengerusi Muhamad syafar dan dan Timbalan PengerusiNur Ain Solehah..Pemudahcara Persatuan |
Khusyuk mendengar |
antara aktiviti yang dicadangkan |
Bincang betul2 Tuan Pengerusi... |
Ahli khusuk bermesyuarat |
Setelah berbincang panjang lebar, ahli persatuan telah bersetuju untuk merancang program-program berikut;
1. Qiamullail
2. Lawatan Kebajikan
3. Rehlah/Riadah
4. gotong royong membersihkan masjid
5. Pertandingan memasak.
6. Pertandingan Kuiz
7. Gotong royong membersihkan kubur.
8. Kursus pengurusan jenazah
9. Lawatan sambil belajar.
10. Jualan hari koperasi dan olahraga.
11. Malam kesenian Islam.
Guru penasihat persatuan mengharapkan agar segala aktiviti yang diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya memandangkan ianya dirancang secara konsesus. Semua ahli persatuan perlu berkerjasama dalam segala aktiviti yang dirancang kerana apalah gunanya persatuan tanpa aktiviti dan apalah gunanya aktiviti tanpa pelaksanaan.
Semoga Persatuan Bahasa Arab akan terus cemerlang dan terkehadapan. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment