Sunday, February 26, 2012

Perbualan Mudah Bahasa Arab

Aktiviti Persatuan Bahasa Arab ; Perbualan Mudah


التعارف


ما اسمكَ؟
اِسمي سليمان

أَيْنَ تَسْكُنُ؟
أَسْكُنُ في قَرْيَةِ مرنتي

أين تَدْرُسُ؟
أدرس في المدرسة الثانَوِيَةِ مرنتي الوَطَنِيَّة

كَمْ عُمْرُكَ؟
عمْري أربعةَ عَشَرَ سَنَةً

وإلى اللقاء
مع السلامة




ما اسمكِ؟
اِسمي نور شفيكا

أَيْنَ تَسْكُنِينَ؟
أَسْكُنُ في قَرْيَةِ مرنتي

أين تَدْرُسِينَ؟
أدرس في المدرسة الثانَوِيَةِ مرنتي الوَطَنِيَّة

كَمْ عُمْرُكِ؟
عمْري أربع عَشَرَة سَنَةً

وإلى اللقاء
مع السلامة




Ahli-ahli khusuk mendengar perbualan dari rakan-rakan.





Untuk Perjumpaan akan datang Ahli akan mempelajari asas-asas Tarannum Al Quran, iaitu mengenali harakat lagu Bayati. Diharap ahli cuba-cubalah meneliti klip di bawah;



Harap Maklum.

Wednesday, February 22, 2012

Carta Organisasi Persatuan Bahasa Arab

Jawatankuasa Persatuan Bahasa Arab SMK. Meranti

Penaung
Tuan Hj. Abdul Khabir bin Abdul Ghani
Pengetua, SMK. Meranti,
Pasir Mas Kelantan.
En. Azmi bin Daud
Guru Penasihat
Persatuan Bahasa Arab
SMK. Meranti

   
Pengerusi
Adik Mohd Sulaiman b Mohd Nor
Ting 2 Amanah
 
Timbalan Pengerusi
Ukhti Siti Noor Shafika bt Mohamad
Ting 2 Amanah

Setiausaha
Ukhti Ros Azwani bt Mohd Noh
2 Amanah

Penolong Setiausaha
Akhi Nor Shazwan Afiq bin Zawawi

 
Bendahari
Akhi Mohd Wafiy b Mohd Raezi
1 Amanah

Naib Bendahari
Ukhti Nur Athirah bt Mohd Nor
1 Amanah

AJK
Ukhti Nor Mawaddah bt Mohd Noor
1Amanah

AJK
ukhti Nur Syanim Shahira bt Abdul Rahman
2 Damai

 AJK
Akhi Mohd Amirul Aizat b Azmoh
1 Amanah

 AJK
Akhi Zulhafizi b Zulkifli
2 Bakti


"Diucapkan selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan ini dengan jayanya"
"Kami Insya Allah Boleh"

Buku Aktiviti Ko Kurikulum 2012

Design by Azmaniy prainting.

Tuesday, February 21, 2012

Sejarah Persatuan Bahasa Arab SMK.Meranti

Logo Persatuan Bahasa Arab SMK. Meranti
Sejarah Persatuan Bahasa Arab SMK. Meranti, Pasir Mas, Kelantan.

Persatuan Bahasa Arab sudah lama diwujudkan di SMK. Meranti. Seusia diadakan kelas KKA yang melibatkan dua subjek tambahan iaitu Bahasa Arab dan Kemahiran Al Quran. Namun Persatuan Bahasa Arab dikepilkan bersama Persatuan Agama Islam, ini menyebabkan Bahasa Arab tidak berapa menonjol akan kewujudannya.

Hinggalah pada Tahun 2011, Persatuan ini telah dipisahkan dari Persatuan Agama Islam dan sejak itu Persatuan Bahasa Arab mula 'berjalan' sendirian. Ahli Persatuan pula hanya tinggal beberapa orang, kerana sebahagian besarnya tetap dengan Persatuan Agama Islam.

Justeru itu, aktiviti Persatuan nampak perlahan kerana ketandusan ahli. Bermula pada tahun 2012, keahlian Persatuan telah bertambah dengan penyertaan sejumlah pelajar Tingkatan 1A. Ini kerana pelajar yang menyertai Persatuan Bahasa Arab akan diambil dari pelajar kelas KAA sahaja. Sehingga kini masih ada pelajar yang ingin menyertai Persatuan ini. Diharapkan Persatuan Bahasa Arab akan dapat 'beroperasi' sebaik mungkin, demi mempertingkan minat dan kecenderungan pelajar dalam menguasai Bahasa Al Quran ini.

Monday, February 20, 2012

Sekitar pesta 'mengimarahkan' papan kenyataan Kelab & Persatuan...



Persatuan Bahasa Arab

 

Sudut maklumat info terkini untuk ahli Persatuan belum ada...



Pamplet Persatuan juga belum ada...


 
Majalah Mahir jadi penyeri...

Bukan 'tempat' yang jadi pertaruhan, tapi keberkesanan Lauhatul i'lan ini yang mesti menjadi keutamaan...apa pun, biar la nampak menarik terlebih dahulu..lepas tu isi kandungannya perlu dipertingkatkan. Syabas buat anak2 buah yang bertungkus lumus menyiapkannya.

Sunday, February 19, 2012

Belajar Bahasa Arab



هيا بنا..نتكلم اللغة العربية

Pelancaran Blog Persatuan Bahasa Arab SMK. Meranti



بسم الله الرحمن الرحيم



الحمد لله رب العالمين، الذي قال في كتابه العزيز : إنا أنزلنه قرءانا عربيا لعلكم تعقلون. والصلاة والسلام على رسول الله الأمين وعلى اله وأصحابه أجمعين. أما بعد

Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wataala yang telah mengurniakan segala nikmatNya zahir dan Batin serta memberikan kesempatan pada hari ini untuk melancarkan Blog Persaatuan Bahasa Arab, SMK. Meranti, Pasir Mas, Kelantan.

Sejajar dengan tuntutan massa yang begitu pantas dengan segala perkembangan teknologi dan maklumat di hujung jari, seharusnya tidak kita persiakan begitu sahaja. Justeru, walaupun agak terlambat, namun ianya adalah suatu kemestian blog ini diujudkan, terutama dalam menyediakan laman interaksi berinformasi di kalangan Ahli Persatuan Bahasa Arab dan pelajar amnya.

Semoga laman yang ada ini menjadi platform terbaik untuk kita berkongsi maklumat dan agenda yang dilaksanakan dari masa ke semasa. Semoga ianya bermanfaat untuk kita khususnya Persatuan Bahasa Arab SMK. Meranti.

Sekian, Terima Kasih.
Penasihat,
Persatuan Bahasa Arab
SMK. Meranti 2012.

Hari : Ahad
Tarikh : 26 Rabi'ul Awwal 1433 Hijriyah bersamaan 19 Februari 2012
Waktu : 11.20 Pagi