Logo Persatuan Bahasa Arab SMK. Meranti |
Persatuan Bahasa Arab sudah lama diwujudkan di SMK. Meranti. Seusia diadakan kelas KKA yang melibatkan dua subjek tambahan iaitu Bahasa Arab dan Kemahiran Al Quran. Namun Persatuan Bahasa Arab dikepilkan bersama Persatuan Agama Islam, ini menyebabkan Bahasa Arab tidak berapa menonjol akan kewujudannya.
Hinggalah pada Tahun 2011, Persatuan ini telah dipisahkan dari Persatuan Agama Islam dan sejak itu Persatuan Bahasa Arab mula 'berjalan' sendirian. Ahli Persatuan pula hanya tinggal beberapa orang, kerana sebahagian besarnya tetap dengan Persatuan Agama Islam.
Justeru itu, aktiviti Persatuan nampak perlahan kerana ketandusan ahli. Bermula pada tahun 2012, keahlian Persatuan telah bertambah dengan penyertaan sejumlah pelajar Tingkatan 1A. Ini kerana pelajar yang menyertai Persatuan Bahasa Arab akan diambil dari pelajar kelas KAA sahaja. Sehingga kini masih ada pelajar yang ingin menyertai Persatuan ini. Diharapkan Persatuan Bahasa Arab akan dapat 'beroperasi' sebaik mungkin, demi mempertingkan minat dan kecenderungan pelajar dalam menguasai Bahasa Al Quran ini.
No comments:
Post a Comment